Thursday, August 22, 2013

Redha

Move on is easy when you put Allah first in your priority.

I`ve lost myself in the process of moving on for the past years. Insya Allah, you will meet the real me, start from the new semester.

And one thing for sure, I love myself now and I`m comfortable with me :)

Saturday, August 3, 2013

cinta itu ketidaksempurnaan


aku tergelak. bila kau kata, kau dambakan kesempurnaan dari diri aku. bila kau pamerkan yang kau perlukan superwoman yang mampu rasa segala perasaan kau. superwomen yang sentiasa letakkan kau dihadapan. aku terus tergelak hingga menitis air jernih di tabir mata ini. kau ingin bermimpi tentang kesempurnaan dengan ku. terus ku kejutkan kau dari mimpi yang tak kesudahan kau itu.

maafkan aku. aku tak mampu untuk mencuba menjadi sempurna untuk kau. malah, jika diberi peluang, aku tidak mahu menjadi sempurna sama sekali dalam hidup ini. aku tak mahukan kesempurnaan. aku insan yang gilakan ketidaksempurnaan, aku tak layak untuk kau sama sekali. aku deklarasikan cinta itu sebagai ketidaksempurnaan.

jadi, katakan padaku, bagai mana harus kita menjalin kasih? bagai mana harus kita hidup sehingga ke hari tua? katakan wahai jaka. pastinya, aku akan hanya mendengar kesunyian dari bibir mu. jangan kau anggap aku meremehkan hubungan kita hanya kerna aku tak serius. aku sentiasa serius dalam setiap perbuatan dalam meniti perjalanan ini.

kau carilah yang sempurna, jaka. jika kau tak menjumpai seseorang seperti itu, maka terimalah yang mencuba untuk menjadi sempurna itu, jaka. dan pastinya, aku bukan salah seorang darinya. aku tak akan jadi sejarah atau masa depanmu, jaka. 

Wednesday, July 31, 2013

Jaka, dengarlah rintihan gadis.

masih adakah jaka yang mahukan gadis realis dalam hidupnya?
masih adakah jaka yang tahan dengan kasarnya seorang gadis?
masih adakah jaka seperti itu?

masih adakah?

jika ada, khabarkan pada gadis ini.
jika ada, carilah gadis ini.

kerna

gadis ini tak mampu untuk menunjukkan lemahnya dihadapan jaka pilihannya
gadis ini tak mampu untuk bermanja dengan jakanya
gadis ini tak bisa mendengar ucap romantis.
dan
gadis ini tak betah menerima cinta seorang jaka yang memberi.

masih adakah jaka yang sanggup berjuang membuktikan cintanya pada seorang gadis?

jika ada, datanglah pada gadis itu.
gadis itu dalam kelukaan.
gadis itu dalam kesunyian.

Sunday, June 23, 2013

rindu itu satu permainan jarak dan masa.

Wednesday, May 29, 2013

masih di cinta lama.

Matahari memancar terik. Berat kaki aku melangkah untuk mengharungi hidup ini. Mahu saja aku bunuh dia. Tapi, siapa aku untuk menjadi Tuhan yang menamatkan nyawa manusia sesenang hati aku?

Friday, May 24, 2013

senang manusia berkata.
senang manusia menuduh.

mereka tak ketahui rasa ini.
mereka tak ketahui rindu ini.
mereka tak ketahui rasa takut ini.

yang mereka tahu, menuduh.
yang mereka tahu, membenci.
yang mereka tahu, mengumpat.

pernahkah kau letakkan diri kau di tempat aku?
pernahkah kau fahami diri aku?
pernahkah kau rasa perasaan aku?

tak pernah.
kau tak pernah tanya.
kau tak pernah fahami.
kau tak pernah mencuba untuk rasanya. 

layakkah kau ku gelar teman?

Wednesday, May 1, 2013

aku ini terlalu lemah.
lemah untuk berdiri sebagai hambaNya.
lemah untuk mencintaiNya.
lemah untuk mengingatiNya.

Allah, kuatkan aku.