Sunday, July 11, 2010
no post
kenapa aku jadi begini? bila aku mula mempercayai seorang insan bernama lelaki, dia terbit dengan pembohongannya yang tak sudah. tolonglah. aku bukan bahan untuk kau permainkan kerana aku juga punya perasaan. jangan kau anggap aku patung yang boleh engkau mainkan. aku mungkin naif kerana mempercayai dirimu wahai lelaki tapi aku bukan bodoh untuk menerima apa sja yang tidak mungkin aku lakukan. lelaki, dengar, aku tak memerlukan mu lagi. aku masih punya ibu dan bapa, kawan yang baik. aku tak perlukan kau dan aku tak nak ada perasaan memerlukan kau. terima kasih kerana pernah menceriakan hari-hari aku namun kau jangan bagi alasan yang kau terdesak lagi kepadaku. aku muak mendengar segala2nya. cukuplah sampai di sini. cukup. masa aku masih panjang. disini aku berjanji, aku akan mencari seseorang yang layak aku gelar kekasih dan layak ayah aku panggil anak. dan yang paling pasti, seseorang yang lebih sempurna dari dirimu yang selalu menyakiti ku. selamat tinggal~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment