Alhamdullilah, aku masih lagi dikurniakan nafas untuk menjenguk dunia ini. aku teramat bersyukur atas segala kurniaanMu.
baru baru ni, ramai yang bertanyakan aku. dah ada pakwe ke or soalan yang lebih tepat ialah, soalan yang bertanyakan calon untuk aku kahwin. kawen, bunyinya indah tetapi ia tak seindah yang disangka. aku bukan menolak perkahwinan tetapi, aku tak mampu nak menghadapi semua itu.
sebab itu, aku tak pernah sukakan seseorang secara serius, sukakan seseorang secara total. tetapi, semua itu mula berubah, bila kau yang cakap pasal kawen. ia buat aku sedar. memang aku sukakan kau, tetapi belum tahap untuk menjadi yang satu buatmu.
aku tak tahu. ia buat aku terfikir. sejauh mana tahapnya aku sukakan dia. tapi, aku masih sukakannya, aku masih tak rela tgk dia bersama perempuan lain, aku masih mampu tersenyum seharian dengan senyuman nya. adakah itu salah? bukan aku mahukan semua ini. kalau boleh, aku tak mahu sekelumit pun rasa ini. bukan kerna aku ini lesbo, tetapi, aku tak mampu.
percayalah, cari yang terbaik buat dirimu, yang pastinya bukan aku kerna aku tak mampu untuk bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki. carilah yang mampu buat semua itu. tentang hati aku, akan aku ubati sendiri. pergilah jauh dari aku.
bukan aku tak mahu, cuma aku tak mampu.
No comments:
Post a Comment