terasa nak nangis dengar lagu pergilah kasih.
kenapa?
itulah yang dia cakap masa hari last dia kat palam.
aku yang sepatutnya cakap macam tu.
dia yang nak pergi jauh.
aku setakat johor tu, xkisah pun.
entahlaaa.
mungkin aku dah hilang banyak kawan.
mungkin sebab itu kot aku terfikirkan dia.
jahatkan aku?
xde kawan je, aku fikirkan dia.
tapi, dia lah kawan yang tak pernah menolak.
tak pernah menolak untuk aku jadikan tong sampah.
tak pernah menolak untuk aku jadikan tempat paling last aku cerita segalanya.
tapi...
dia lah orang pertama aku dapat ceritakan segalanya.
dia lah orang pertama yang tahu pasal semuanya.
dia lah orang pertama, aku tak malu untuk menangis bersama.
dan aku telah buat satu perkara yang buat dia jauh hati.
aku memang sukakan dia. tersangat kot.
tak pernah aku cerita dekat orang apa hubungan kami.
sebab kita tak pernah define apa hubungan kita
dan aku pun tak tahu macam mana nak cerita dekat orang.
aku minta maaf
dan aku nak cakap,
jangan pergi.
No comments:
Post a Comment