minggu pertama; hanya hospital tempat aku. bersama IV yang pedih. perut yang sebal untuk menerima makanan dan juga keadaan yang paling dahsyat pernah aku alami.
minggu kedua; dibenarkan pulang, namun 2 hari sekali harus ke sana untuk mendapatkan rawatan. masih punya janji sama doktor. masih makan ubatan. masih berusaha untuk berdiri dengan baik. cuba menahan rasa sakit di hadapan orang. masih bertahan kerana Allah sentiasa ada untuk kita.
minggu ketiga; kurangkan ubat. banyakkan pergerakan. Insya Allah, masuk minggu empat, doktor kata, semuanya akan baik baik saja. cuma, meggi harus dikurangkan. berat juga harus dikurangkan. tulang belakang menampung berat yang lebih. mungkin. mungkin. Insya Allah, aku masih mampu untuk belajar. kerana itu, aku biasakan diri dengan menulis, harap mampu aku memegang sebatang pensil untuk mengarang.
cuti masih berbaki beberapa hari. akan ku isikan dengan masa bersama keluargaku. kerana keluarga itu amatlah berharga.
bukan simpati yang aku mahu. hanya luahan perasaan semata mata.
No comments:
Post a Comment