kadang kadang tu, tengok movie, drama, senang je kisah cinta mereka. suka then terus bersama. aku pun teringin jugak macam tu. tapi entah apa yang masih menghalang hati ini untuk terbuka. apa agaknya yang menjadi kuncinya? aku pun tak tahu. banyak yang berlaku, aku suka, dia tak suka aku. ye lah siapa suka dengan aku ini? pendek, gemuk tak pandai, suara kuat. siapa suka? perangai macam lelaki. takkan ada orang suka punya.
tapi, hati ini degil. dia pergi jugak suka kat somebody tu. lepas tu, xnak benci pulak. dia buatlah ape pun, aku tetap suka. gambar kami tetap jadi wallpaper desktop tu. still, aku tak tahu kenapa. aku tak mahu dia dalam hidup aku, tapi aku mahu rasakan kehadiran dia. aku tak mampu nak berhadapan dengan dia, tapi aku mahu dia ada di samping aku. hati ini degil. aku cakap aku tak perlukan dia, aku cakap aku tak sukakan dia, tapi tidak ada saat yang aku tidak senyum bila aku sebut namanya.
mungkin dia tak tahu. mungkin dia tahu. aku tahu, aku terlalu jernih untuk dibaca. tapi itu perasaan aku dan aku tak mampu nak simpannya. sesuatu yang aku suka tentang dia, aku rasa dia dah tahu perasaan aku, tapi still dia jaga hati dan perasaan aku. dia tak pernah menceritakan tentang perempuan lain di depan aku. aku ni kejam. aku selalu je, mempermainkan perasaan dia. Allah, aku baru sedar yang selama ini, bukan dia yang bersalah tapi aku. dia sudah serius tentang aku. tapi aku masih boleh keluar dengan lelaki lain, aku masih boleh bergurau dengan lelaki lain dengan mesra.
tapi itu cuma andaian aku.
andaian semata mata.
khayalan semata mata.
harapan semata mata
No comments:
Post a Comment