Monday, March 4, 2013

Lahad Datu

sebenarnya aku tak mahu komen keadaan di sana. tapi, mereka yang berkuasa terlalu melampau. kenapa sehingga ada yang terkorban? dan mengapa masih tiada tindakan yang diambil? politik berleluasa. mengapakah begitu?

cuba kau bayangkan, yang meninggal itu adalah bapa mu, abang mu, adik mu, suami mu? bagaimana rasanya? pihak bawahan bermati matian pertahankan negara tapi pihak atasan? masih mempolitikkan situasi ini. tolonglah. semaikan sifat kasih sayang. apa gunanya diuar uarkan 1Malaysia, jika kau sendiri tidak mengamalkannya? jangan menanam tebu di tepi bibir.

kepada keluarga arwah yang terkorban demi mempertahankan negara, aku ucapkan berjuta terima kasih kerana memberi kami peluang setiap pagi untuk bernafas dan mengekalkan keamanan ini.

kepada pihak atasan, satu sahaja aku mampu katakan, sungguh aku malu mengaku aku ini rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment