Saturday, February 16, 2013

kau lelaki. aku perempuan. kita berbeza. terlalu berbeza. kau sangat manis dan kau sangat matang. manakala, aku sangat teruk dan aku sangatlah kebudak budakan. kau sukakan kesempurnaan manakala aku gilakan ketidaksempurnaan. kenapa kita tidak sama? aku harap kita sama dalam perasaan kita. walau semua berbeza. aku harap kau faham dan aku harap kau mengerti.

Thursday, February 14, 2013

penemanku adalah secawan koko di pagi hari.
mengimbau kenangan lama.
yang tersemat kemas di hati.

apa masih ada ruang untuk aku?
ruang untuk aku meneroka.
ruang untuk aku jatuh cinta.
ruang untuk aku merasakan kepedihan.

masihkah ada ruang itu?
aku ragu ragu.

kau punya segalanya.
keluarga, sahabat, kekasih.
aku?
apa aku punya?
dan kau memperlekehkan segala kelemahan aku.

aku sedar.
aku tak punya apa yang kau miliki.
tapi itu bukan tiket untuk kau letakkan aku dibawah. 

Thursday, February 7, 2013

cuti yang paling penat.

minggu pertama; hanya hospital tempat aku. bersama IV yang pedih. perut yang sebal untuk menerima makanan dan juga keadaan yang paling dahsyat pernah aku alami.

minggu kedua; dibenarkan pulang, namun 2 hari sekali harus ke sana untuk mendapatkan rawatan. masih punya janji sama doktor. masih makan ubatan. masih berusaha untuk berdiri dengan baik. cuba menahan rasa sakit di hadapan orang. masih bertahan kerana Allah sentiasa ada untuk kita.

minggu ketiga; kurangkan ubat. banyakkan pergerakan. Insya Allah, masuk minggu empat, doktor kata, semuanya akan baik baik saja. cuma, meggi harus dikurangkan. berat juga harus dikurangkan. tulang belakang menampung berat yang lebih. mungkin. mungkin. Insya Allah, aku masih mampu untuk belajar. kerana itu, aku biasakan diri dengan menulis, harap mampu aku memegang sebatang pensil untuk mengarang.

cuti masih berbaki beberapa hari. akan ku isikan dengan masa bersama keluargaku. kerana keluarga itu amatlah berharga.

bukan simpati yang aku mahu. hanya luahan perasaan semata mata.

Monday, February 4, 2013

jarang lihat dia bersungguh mahu libatkan diri dalam hidup aku. sungguh, ini mngkin pertama kali, mungkin? mungkin manusia boleh berubah. tapi kepercayaan itu masih kosong. aku benarkan kau menjejaki hidup aku, tapi kau takkan sesekali takluki hidup ini sebagaimana kau takluki dulu.