Saturday, March 30, 2013

I miss him so much.

Friday, March 29, 2013

mungkin sudah tiba masanya aku lupakan sengketa lama.
ini yang aku benci dengan diri aku.

sedikit sahaja rasa benci tu.
selebihnya rasa cinta.
selebihnya rasa sayang.

Thursday, March 28, 2013

Mana kau?

cinta itu mudah
jika kau orang ku cinta.

rindu itu indah
jika kau orang yang ku rindu.

sakit itu tak terasa
jika kau di sisiku.

susah itu senang
jika kau di sisiku.

tapi,

kau tiada.

Wednesday, March 27, 2013

bodoh sungguh aku.
bodoh.

kau bagi manisan
tapi kenapa hanya kepahitan
yang menyegat di hujung lidah ini?

mana manisan yang kau janjikan dulu?

puas sudah aku pujuk hati ini.
kau bukan aku punya.

puas sudah aku bilang pada hati ini.
kau bukan milik aku.

puas sudah aku marahi hati ini.
kau bukan cintaku.

puas sudah aku halang hati ini.
kau bukan sayang aku.

tapi kenapa hati ini tak pernah mengerti?

Saturday, March 23, 2013

Andaian. Khayalan. Harapan.

kadang kadang tu, tengok movie, drama, senang je kisah cinta mereka. suka then terus bersama. aku pun teringin jugak macam tu. tapi entah apa yang masih menghalang hati ini untuk terbuka. apa agaknya yang menjadi kuncinya? aku pun tak tahu. banyak yang berlaku, aku suka, dia tak suka aku. ye lah siapa suka dengan aku ini? pendek, gemuk tak pandai, suara kuat. siapa suka? perangai macam lelaki. takkan ada orang suka punya.

tapi, hati ini degil. dia pergi jugak suka kat somebody tu. lepas tu, xnak benci pulak. dia buatlah ape pun, aku tetap suka. gambar kami tetap jadi wallpaper desktop tu. still, aku tak tahu kenapa. aku tak mahu dia dalam hidup aku, tapi aku mahu rasakan kehadiran dia. aku tak mampu nak berhadapan dengan dia, tapi aku mahu dia ada di samping aku. hati ini degil. aku cakap aku tak perlukan dia, aku cakap aku tak sukakan dia, tapi tidak ada saat yang aku tidak senyum bila aku sebut namanya.

mungkin dia tak tahu. mungkin dia tahu. aku tahu, aku terlalu jernih untuk dibaca. tapi itu perasaan aku dan aku tak mampu nak simpannya. sesuatu yang aku suka tentang dia, aku rasa dia dah tahu perasaan aku, tapi still dia jaga hati dan perasaan aku. dia tak pernah menceritakan tentang perempuan lain di depan aku. aku ni kejam. aku selalu je, mempermainkan perasaan dia. Allah, aku baru sedar yang selama ini, bukan dia yang bersalah tapi aku. dia sudah serius tentang aku. tapi aku masih boleh keluar dengan lelaki lain, aku masih boleh bergurau dengan lelaki lain dengan mesra.

tapi itu cuma andaian aku.

andaian semata mata.
khayalan semata mata.
harapan semata mata

How do I live?

How do I get through one night without you?
If I had to live without you
What kind of life would that be?

Oh, I, I need you in my arms, need you to hold
You're my world, my heart, my soul and if you ever leave
Baby you would take away everything good in my life
And tell me now

How do I live without you? I want to know
How do I breathe without you if you ever go?
How do I ever, ever survive?
How do I, how do I, oh, how do I live?

Without you there'd be no sun in my sky
There would be no love in my life
There'd be no world left for me

And I, baby, I don't know what I would do
I'd be lost if I lost you, if you ever leave
Baby, you would take away everything real in my life
And tell me now

How do I live without you? I want to know
How do I breathe without you if you ever go?
How do I ever, ever survive?
How do I, how do I, oh, how do I live?

Please, tell me, baby
How do I go on if you ever leave?
Baby, you would take away everything, I need you with me
Baby, don't you know that you're everything good in my life?
And tell me now

How do I live without you? I want to know
How do I breathe without you if you ever go
How do I ever, ever survive?
How do I, how do I, oh, how do I live?

Thursday, March 7, 2013

aku seorang manusia juga.
aku juga mampu menangis
hanya kerana 
aku berlagak kuat
dan kau bisa pijak aku.

jangan buat aku menangis.
seorang kawan yang buat aku menangis,
aku akan ingat sampai bila bila
dan kau bukan lagi
seorang kawan, sahabat.

kau takkan ada dalam buku hidup aku lagi.
maafkan aku, tapi kau yang paksa aku.
kau jangan salahkan aku.

Monday, March 4, 2013

Lahad Datu

sebenarnya aku tak mahu komen keadaan di sana. tapi, mereka yang berkuasa terlalu melampau. kenapa sehingga ada yang terkorban? dan mengapa masih tiada tindakan yang diambil? politik berleluasa. mengapakah begitu?

cuba kau bayangkan, yang meninggal itu adalah bapa mu, abang mu, adik mu, suami mu? bagaimana rasanya? pihak bawahan bermati matian pertahankan negara tapi pihak atasan? masih mempolitikkan situasi ini. tolonglah. semaikan sifat kasih sayang. apa gunanya diuar uarkan 1Malaysia, jika kau sendiri tidak mengamalkannya? jangan menanam tebu di tepi bibir.

kepada keluarga arwah yang terkorban demi mempertahankan negara, aku ucapkan berjuta terima kasih kerana memberi kami peluang setiap pagi untuk bernafas dan mengekalkan keamanan ini.

kepada pihak atasan, satu sahaja aku mampu katakan, sungguh aku malu mengaku aku ini rakyat Malaysia.