Thursday, September 30, 2010

pejamkan mata dan rasailah denyutan jantung kita, hayati dan nikmatinya, rasai denyutannya dan bersyukurlah kerna kita masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi yang penuh cinta ini

kekadang kita tak sedar
benda yang depan mata kita
adalh benda yang paling bermakna
dalam hidup kini dan selamanya
benda itu kita biarkan
sehingga ia berlalu tinggalkan kita
bila ia hilang, hati tertusuk pedih
hingga kita memilih benda yang tak sepatutnya dipilih
perginya ia, merobek-robek jantung kita
hingga ia membuat kita lemah dan tak terdaya
kerna tanpa kita sdari,
hanya namanya yang kita sebut-sebut dalam doa seharian
hanya ia.
masa itu,
jangan pernah kau sesali pemergiannya
jangan pernah kau salahkan sesiapa
jangan pernah kau toleh ke belakang lagi
jangan pernah kau sebutkan nama ia lagi.
jangan pernah ad perkataan penyesalan dalam kamus kehidupan
kerna ia membuat kaki kita lemah untuk melangkah di setiap pagi

Friday, September 24, 2010

you raise me up to more than i can be

senyuman hanya mampu ku berikan setelah mendengar ayat itu. ya. mereka telah membesarkan aku lebih dari sepatutnya aku terjadi di dunia ini. selama ini, hidup hanya berpandukan media massa. ake sedar aku tak sehebat abang-abangku. aku hanya hidup berlandaskan takdir. tidak pernah aku berusaha. usaha adalah satu perbuatan yang amat jarang aku lakukan. namun, begitu, kau tak jemu-jemu mengajar aku tentang erti kehidupan ini. erti ketabahan. erti kekesalan. erti penderitaan. itu semua aku pelajari darimu. aku telah diformat kembali menjadi insan yang boleh mnghadapi kesusahan hidup. terima kasih kerana telah membesarkan aku dengan cara yang paling bijak. aku disini hanyalah kerana kamu semua.