Thursday, August 22, 2013

Redha

Move on is easy when you put Allah first in your priority.

I`ve lost myself in the process of moving on for the past years. Insya Allah, you will meet the real me, start from the new semester.

And one thing for sure, I love myself now and I`m comfortable with me :)

Saturday, August 3, 2013

cinta itu ketidaksempurnaan


aku tergelak. bila kau kata, kau dambakan kesempurnaan dari diri aku. bila kau pamerkan yang kau perlukan superwoman yang mampu rasa segala perasaan kau. superwomen yang sentiasa letakkan kau dihadapan. aku terus tergelak hingga menitis air jernih di tabir mata ini. kau ingin bermimpi tentang kesempurnaan dengan ku. terus ku kejutkan kau dari mimpi yang tak kesudahan kau itu.

maafkan aku. aku tak mampu untuk mencuba menjadi sempurna untuk kau. malah, jika diberi peluang, aku tidak mahu menjadi sempurna sama sekali dalam hidup ini. aku tak mahukan kesempurnaan. aku insan yang gilakan ketidaksempurnaan, aku tak layak untuk kau sama sekali. aku deklarasikan cinta itu sebagai ketidaksempurnaan.

jadi, katakan padaku, bagai mana harus kita menjalin kasih? bagai mana harus kita hidup sehingga ke hari tua? katakan wahai jaka. pastinya, aku akan hanya mendengar kesunyian dari bibir mu. jangan kau anggap aku meremehkan hubungan kita hanya kerna aku tak serius. aku sentiasa serius dalam setiap perbuatan dalam meniti perjalanan ini.

kau carilah yang sempurna, jaka. jika kau tak menjumpai seseorang seperti itu, maka terimalah yang mencuba untuk menjadi sempurna itu, jaka. dan pastinya, aku bukan salah seorang darinya. aku tak akan jadi sejarah atau masa depanmu, jaka.