Saturday, November 1, 2014

Hilang.

Aku ada seorang adik. Adik aku namanya Aisyah Amani. Adik aku dilahirkan pada 23.2.2002. Aku ingat lagi, pagi tu, ayah aku kejutkan, then kiteorang kemas kemas barang. Ayah hantar kami tiga beradik kat rumah nenek. Pagi tu pagi raya. Aku xfaham pon, apa yang berlaku. Sampailah pak cik aku bawa aku g hospital tengah hari. Maybe dalam kul 11 pagi kot. Then dalam pukul 12, ma ak masuk labour room dan tepat 12.54 tengah hari, aku ada seorang adik. That was the best moment in my life. I see my little sister and she`s holding my hand with her tiny little fingers.

Cukup 3 hari, adik aku dah boleh balik. Alhamdullilah. Dan serius aku cakap, aku xberhenti cium pipi adik aku. Masa tu, aku dalam 10 tahun. Ma aku cakap, adik ak diberi nama Aisyah Amani. In my mind, I dont care what your name is, I`m calling you, Adik. Two weeks after that, adik aku ada something yang pelik. Dia selalu terkejut kejut. So, ma aku bawa adik aku pergi hospital. Doktor sarankan better ke HUSM sebab sana ada banyak kelengkapan. Masa tu, adik aku betul betul umur 14 hari.

Masa di HUSM, adik aku dimasukkan ke hospital dengan kadar segera. Aku tak dapat bayangkan betapa seksa nya ma aku, waktu berpantang tu, duduk hospital. Dekat setahun setengah jugak adik aku masuk hospital. Adik aku, memebesar di hospital. Masa tu, aku kecil lagi, aku xfaham semua tu. Bila aku dah meningkat dewasa aku baru sedar, betapa seksanya adik aku. Setiap 3 hari, line dekat tangan kena tukar. Pernah sekali, doktor xdapat cari line dekat tangan adik aku, cukur kepala, cari line dekat kepala. Betapa aku sedih bila mengingatkan masa tu. Kalau nak ceritakan kejadian masa tu, terlalu banyak. Tak mampu aku nak tulis. Adik aku disahkan menghidap penyakit Epilepsi. Oleh kerana adik aku, kena sawan masa umur 14 hari, otak dia shut down. Neuron neuron xdapat bersambung lagi. Dan adik aku, terlantar, seperti bayi umur 14 hari.

Then, Alhamdullilah adik aku membesar dengan baik. Bagi kami sekeluarga, dia lah penyeri. Walau dia tak pernah bercakap, xpernah panggil nama sesiapa pon dalam rumah tu selama 12 tahun, dia lah the most loveable person in the house. Bayangkan, the most kasih sayang yang aku rasakan dalam rumah tu, dari adik aku. Bila belajar jauh ni, lagi terasa. Bila kau balik rumah, dia seakan mengerti yang kau balik, dia senyum, kadang kadang bila tegur, dia mengagah. Dia seakan tahu, kau dah balik. Kau ada dengan dia. Dia tahu semua.

Allah lagi sayangkan dia. 29/09/2014 adik aku meninggal dunia. Dua minggu sebelum tu, aku sempat balik, jumpa adik. Adik asyik senyum je, pukul pukul aku. Aku...tak tahu tu petandanya, aku tak mampu lagi tegur adik, main dengan adik, suap adik makan. Aku tak tahu. Masya Allah, kehilangan adik ibarat hilangnya separuh aku. Aku tahu, Allah lebih sayangkan dia dan adik dah berada di tempat yang lebih baik dari dunia. Tapi..aku masih kehilangan arah. Ya Allah, kuatkan lah aku.

Aku hilang separuh aku. Aku hilang diri aku. Adik aku lah punca aku di sini. Dalam aku punya perancangan hidup selama 10 tahun, adik aku senantiasa ada dengan aku. AKu dah janji dengan adik, aku nak jaga dia bila aku dah kerja nanti. Bila kedua ibu bapa aku tak larat nak jaga adik, aku akan jaga. Aku sanggup tak berkahwin sebab aku nak jaga adik aku. Adik segala segalanya buat aku.

Aku tak mampu nak simpan dalam hati semua ni. Hari hari, aku tak mampu nak hidup. Aku tak mampu nak senyum dengan seikhlas nya. Aku tak tahu apa dah jadi dengan diri aku. Aku hilang. Adik, tolong kak mimi, adik..

Allah, tolong aku, ya Allah....