Friday, September 24, 2010

you raise me up to more than i can be

senyuman hanya mampu ku berikan setelah mendengar ayat itu. ya. mereka telah membesarkan aku lebih dari sepatutnya aku terjadi di dunia ini. selama ini, hidup hanya berpandukan media massa. ake sedar aku tak sehebat abang-abangku. aku hanya hidup berlandaskan takdir. tidak pernah aku berusaha. usaha adalah satu perbuatan yang amat jarang aku lakukan. namun, begitu, kau tak jemu-jemu mengajar aku tentang erti kehidupan ini. erti ketabahan. erti kekesalan. erti penderitaan. itu semua aku pelajari darimu. aku telah diformat kembali menjadi insan yang boleh mnghadapi kesusahan hidup. terima kasih kerana telah membesarkan aku dengan cara yang paling bijak. aku disini hanyalah kerana kamu semua.

No comments:

Post a Comment