Tuesday, December 31, 2013



Move on.
Something that I never know I capable to do it.
Thank you Allah.

I love my days now.
Waking up with the straight goal.
No more those weird feeling.
Every morning.

Sunday, November 10, 2013

Allah, jangan tinggalkan aku.
Allah, jangan jauhkan aku dariMu.
Aku rindu padaMu.

Ya Allah, jauhkan lah penangan hati dulu. Simpanlah hati ini untuk Mu sahaja, ya Allah. Aku tak sanggup untuk terluka dengan harapan nafsu lagi. 

Thursday, August 22, 2013

Redha

Move on is easy when you put Allah first in your priority.

I`ve lost myself in the process of moving on for the past years. Insya Allah, you will meet the real me, start from the new semester.

And one thing for sure, I love myself now and I`m comfortable with me :)

Saturday, August 3, 2013

cinta itu ketidaksempurnaan


aku tergelak. bila kau kata, kau dambakan kesempurnaan dari diri aku. bila kau pamerkan yang kau perlukan superwoman yang mampu rasa segala perasaan kau. superwomen yang sentiasa letakkan kau dihadapan. aku terus tergelak hingga menitis air jernih di tabir mata ini. kau ingin bermimpi tentang kesempurnaan dengan ku. terus ku kejutkan kau dari mimpi yang tak kesudahan kau itu.

maafkan aku. aku tak mampu untuk mencuba menjadi sempurna untuk kau. malah, jika diberi peluang, aku tidak mahu menjadi sempurna sama sekali dalam hidup ini. aku tak mahukan kesempurnaan. aku insan yang gilakan ketidaksempurnaan, aku tak layak untuk kau sama sekali. aku deklarasikan cinta itu sebagai ketidaksempurnaan.

jadi, katakan padaku, bagai mana harus kita menjalin kasih? bagai mana harus kita hidup sehingga ke hari tua? katakan wahai jaka. pastinya, aku akan hanya mendengar kesunyian dari bibir mu. jangan kau anggap aku meremehkan hubungan kita hanya kerna aku tak serius. aku sentiasa serius dalam setiap perbuatan dalam meniti perjalanan ini.

kau carilah yang sempurna, jaka. jika kau tak menjumpai seseorang seperti itu, maka terimalah yang mencuba untuk menjadi sempurna itu, jaka. dan pastinya, aku bukan salah seorang darinya. aku tak akan jadi sejarah atau masa depanmu, jaka. 

Wednesday, July 31, 2013

Jaka, dengarlah rintihan gadis.

masih adakah jaka yang mahukan gadis realis dalam hidupnya?
masih adakah jaka yang tahan dengan kasarnya seorang gadis?
masih adakah jaka seperti itu?

masih adakah?

jika ada, khabarkan pada gadis ini.
jika ada, carilah gadis ini.

kerna

gadis ini tak mampu untuk menunjukkan lemahnya dihadapan jaka pilihannya
gadis ini tak mampu untuk bermanja dengan jakanya
gadis ini tak bisa mendengar ucap romantis.
dan
gadis ini tak betah menerima cinta seorang jaka yang memberi.

masih adakah jaka yang sanggup berjuang membuktikan cintanya pada seorang gadis?

jika ada, datanglah pada gadis itu.
gadis itu dalam kelukaan.
gadis itu dalam kesunyian.

Sunday, June 23, 2013

rindu itu satu permainan jarak dan masa.

Wednesday, May 29, 2013

masih di cinta lama.

Matahari memancar terik. Berat kaki aku melangkah untuk mengharungi hidup ini. Mahu saja aku bunuh dia. Tapi, siapa aku untuk menjadi Tuhan yang menamatkan nyawa manusia sesenang hati aku?

Friday, May 24, 2013

senang manusia berkata.
senang manusia menuduh.

mereka tak ketahui rasa ini.
mereka tak ketahui rindu ini.
mereka tak ketahui rasa takut ini.

yang mereka tahu, menuduh.
yang mereka tahu, membenci.
yang mereka tahu, mengumpat.

pernahkah kau letakkan diri kau di tempat aku?
pernahkah kau fahami diri aku?
pernahkah kau rasa perasaan aku?

tak pernah.
kau tak pernah tanya.
kau tak pernah fahami.
kau tak pernah mencuba untuk rasanya. 

layakkah kau ku gelar teman?

Wednesday, May 1, 2013

aku ini terlalu lemah.
lemah untuk berdiri sebagai hambaNya.
lemah untuk mencintaiNya.
lemah untuk mengingatiNya.

Allah, kuatkan aku.

Sunday, April 28, 2013

Allah, jauhkan aku dari buruk sangka

Friday, April 26, 2013

Allah, kuatkan lah semangat aku.
Berilah aku kekuatan setiap hari untuk menempuhi hidup.
Berilah aku ketenangan untuk menghadapi kehidupan ini.
Berilah aku hidayah Mu ya Allah.

Wednesday, April 10, 2013

I miss him.
I miss him.
I miss him.
I miss him.
I miss him.
I miss him.
I miss him.
I miss him.
I miss him.
I miss him.
I miss him.
I miss him.

Tuesday, April 2, 2013

aku bosan dengan manusia sekeliling yang tak habisan menghina, menyalahkan dan menaburkan fitnah. aku bosan dengan kehidupan ini. ingin saja aku berlalu pergi dari sini. melangkah ke tempat lain. melangkah ke tempat di mana semua ini tak wujud. kenapa manusia begitu?

aku sudah bosan mendengar orang berkata bahwa aku dan dia begini begitu. aku terlalu muak dan bosan dengan kehidupan ini. berilah aku peluang untuk aku mencari diri aku. mencari identiti. bukan menenggelamkan aku. bukan menolak aku jatuh ke dalam gaung.

sepi itu ternyata labih indah berbanding punya teman sekeliling tapi asyik mengomen, merungut dan menyalahkan antara satu sama lain. aku lebih rela bersendirian jika ini yang kau tawarkan dalam persahabatan. sepertinya tiada guna kau sebagai sahabat yang kononnya ingin bersama waktu senang dan susah.
Hancurkan lah perasaan ini.
Perasaan di mana, kau yang di mata.
Perasaan hanya kau di hati.

Musnahkan lah perasaan ini.
Aku tak mampu nak menanggungnya lagi.
cukup sudah setahun lebih
aku berharap pada harapan yang palsu.

Monday, April 1, 2013

jauh di sudut hati kecil aku, aku tahu.
kita takkan pernah bersama.
sekarang atau masa hadapan.

Ramadhan bakal menjengah.

hati aku kegembiraan.
melonjak kesukaan.
bulan kegemaran aku bakal menjengah.
bakal mendatang.
kemari Ramadhan.

sungguh aku rindu kamu.
sungguh aku rindu terawih.
sungguh aku rindu berbuka bersama keluarga tercinta.
sungguh aku rindu ketenangan bulan itu.

tahun ini, aku bakal menyambutnya
di perantauan.
mudah mudahan segalanya berjalan dengan lancar.
aku bakal menempuhi hidup berdikari.
keseorangan.

Allah, beri aku kekuatan dan ketenangan
Hanya padaMu, aku bersujud.

Saturday, March 30, 2013

I miss him so much.

Friday, March 29, 2013

mungkin sudah tiba masanya aku lupakan sengketa lama.
ini yang aku benci dengan diri aku.

sedikit sahaja rasa benci tu.
selebihnya rasa cinta.
selebihnya rasa sayang.

Thursday, March 28, 2013

Mana kau?

cinta itu mudah
jika kau orang ku cinta.

rindu itu indah
jika kau orang yang ku rindu.

sakit itu tak terasa
jika kau di sisiku.

susah itu senang
jika kau di sisiku.

tapi,

kau tiada.

Wednesday, March 27, 2013

bodoh sungguh aku.
bodoh.

kau bagi manisan
tapi kenapa hanya kepahitan
yang menyegat di hujung lidah ini?

mana manisan yang kau janjikan dulu?

puas sudah aku pujuk hati ini.
kau bukan aku punya.

puas sudah aku bilang pada hati ini.
kau bukan milik aku.

puas sudah aku marahi hati ini.
kau bukan cintaku.

puas sudah aku halang hati ini.
kau bukan sayang aku.

tapi kenapa hati ini tak pernah mengerti?

Saturday, March 23, 2013

Andaian. Khayalan. Harapan.

kadang kadang tu, tengok movie, drama, senang je kisah cinta mereka. suka then terus bersama. aku pun teringin jugak macam tu. tapi entah apa yang masih menghalang hati ini untuk terbuka. apa agaknya yang menjadi kuncinya? aku pun tak tahu. banyak yang berlaku, aku suka, dia tak suka aku. ye lah siapa suka dengan aku ini? pendek, gemuk tak pandai, suara kuat. siapa suka? perangai macam lelaki. takkan ada orang suka punya.

tapi, hati ini degil. dia pergi jugak suka kat somebody tu. lepas tu, xnak benci pulak. dia buatlah ape pun, aku tetap suka. gambar kami tetap jadi wallpaper desktop tu. still, aku tak tahu kenapa. aku tak mahu dia dalam hidup aku, tapi aku mahu rasakan kehadiran dia. aku tak mampu nak berhadapan dengan dia, tapi aku mahu dia ada di samping aku. hati ini degil. aku cakap aku tak perlukan dia, aku cakap aku tak sukakan dia, tapi tidak ada saat yang aku tidak senyum bila aku sebut namanya.

mungkin dia tak tahu. mungkin dia tahu. aku tahu, aku terlalu jernih untuk dibaca. tapi itu perasaan aku dan aku tak mampu nak simpannya. sesuatu yang aku suka tentang dia, aku rasa dia dah tahu perasaan aku, tapi still dia jaga hati dan perasaan aku. dia tak pernah menceritakan tentang perempuan lain di depan aku. aku ni kejam. aku selalu je, mempermainkan perasaan dia. Allah, aku baru sedar yang selama ini, bukan dia yang bersalah tapi aku. dia sudah serius tentang aku. tapi aku masih boleh keluar dengan lelaki lain, aku masih boleh bergurau dengan lelaki lain dengan mesra.

tapi itu cuma andaian aku.

andaian semata mata.
khayalan semata mata.
harapan semata mata

How do I live?

How do I get through one night without you?
If I had to live without you
What kind of life would that be?

Oh, I, I need you in my arms, need you to hold
You're my world, my heart, my soul and if you ever leave
Baby you would take away everything good in my life
And tell me now

How do I live without you? I want to know
How do I breathe without you if you ever go?
How do I ever, ever survive?
How do I, how do I, oh, how do I live?

Without you there'd be no sun in my sky
There would be no love in my life
There'd be no world left for me

And I, baby, I don't know what I would do
I'd be lost if I lost you, if you ever leave
Baby, you would take away everything real in my life
And tell me now

How do I live without you? I want to know
How do I breathe without you if you ever go?
How do I ever, ever survive?
How do I, how do I, oh, how do I live?

Please, tell me, baby
How do I go on if you ever leave?
Baby, you would take away everything, I need you with me
Baby, don't you know that you're everything good in my life?
And tell me now

How do I live without you? I want to know
How do I breathe without you if you ever go
How do I ever, ever survive?
How do I, how do I, oh, how do I live?

Thursday, March 7, 2013

aku seorang manusia juga.
aku juga mampu menangis
hanya kerana 
aku berlagak kuat
dan kau bisa pijak aku.

jangan buat aku menangis.
seorang kawan yang buat aku menangis,
aku akan ingat sampai bila bila
dan kau bukan lagi
seorang kawan, sahabat.

kau takkan ada dalam buku hidup aku lagi.
maafkan aku, tapi kau yang paksa aku.
kau jangan salahkan aku.

Monday, March 4, 2013

Lahad Datu

sebenarnya aku tak mahu komen keadaan di sana. tapi, mereka yang berkuasa terlalu melampau. kenapa sehingga ada yang terkorban? dan mengapa masih tiada tindakan yang diambil? politik berleluasa. mengapakah begitu?

cuba kau bayangkan, yang meninggal itu adalah bapa mu, abang mu, adik mu, suami mu? bagaimana rasanya? pihak bawahan bermati matian pertahankan negara tapi pihak atasan? masih mempolitikkan situasi ini. tolonglah. semaikan sifat kasih sayang. apa gunanya diuar uarkan 1Malaysia, jika kau sendiri tidak mengamalkannya? jangan menanam tebu di tepi bibir.

kepada keluarga arwah yang terkorban demi mempertahankan negara, aku ucapkan berjuta terima kasih kerana memberi kami peluang setiap pagi untuk bernafas dan mengekalkan keamanan ini.

kepada pihak atasan, satu sahaja aku mampu katakan, sungguh aku malu mengaku aku ini rakyat Malaysia.

Saturday, February 16, 2013

kau lelaki. aku perempuan. kita berbeza. terlalu berbeza. kau sangat manis dan kau sangat matang. manakala, aku sangat teruk dan aku sangatlah kebudak budakan. kau sukakan kesempurnaan manakala aku gilakan ketidaksempurnaan. kenapa kita tidak sama? aku harap kita sama dalam perasaan kita. walau semua berbeza. aku harap kau faham dan aku harap kau mengerti.

Thursday, February 14, 2013

penemanku adalah secawan koko di pagi hari.
mengimbau kenangan lama.
yang tersemat kemas di hati.

apa masih ada ruang untuk aku?
ruang untuk aku meneroka.
ruang untuk aku jatuh cinta.
ruang untuk aku merasakan kepedihan.

masihkah ada ruang itu?
aku ragu ragu.

kau punya segalanya.
keluarga, sahabat, kekasih.
aku?
apa aku punya?
dan kau memperlekehkan segala kelemahan aku.

aku sedar.
aku tak punya apa yang kau miliki.
tapi itu bukan tiket untuk kau letakkan aku dibawah. 

Thursday, February 7, 2013

cuti yang paling penat.

minggu pertama; hanya hospital tempat aku. bersama IV yang pedih. perut yang sebal untuk menerima makanan dan juga keadaan yang paling dahsyat pernah aku alami.

minggu kedua; dibenarkan pulang, namun 2 hari sekali harus ke sana untuk mendapatkan rawatan. masih punya janji sama doktor. masih makan ubatan. masih berusaha untuk berdiri dengan baik. cuba menahan rasa sakit di hadapan orang. masih bertahan kerana Allah sentiasa ada untuk kita.

minggu ketiga; kurangkan ubat. banyakkan pergerakan. Insya Allah, masuk minggu empat, doktor kata, semuanya akan baik baik saja. cuma, meggi harus dikurangkan. berat juga harus dikurangkan. tulang belakang menampung berat yang lebih. mungkin. mungkin. Insya Allah, aku masih mampu untuk belajar. kerana itu, aku biasakan diri dengan menulis, harap mampu aku memegang sebatang pensil untuk mengarang.

cuti masih berbaki beberapa hari. akan ku isikan dengan masa bersama keluargaku. kerana keluarga itu amatlah berharga.

bukan simpati yang aku mahu. hanya luahan perasaan semata mata.

Monday, February 4, 2013

jarang lihat dia bersungguh mahu libatkan diri dalam hidup aku. sungguh, ini mngkin pertama kali, mungkin? mungkin manusia boleh berubah. tapi kepercayaan itu masih kosong. aku benarkan kau menjejaki hidup aku, tapi kau takkan sesekali takluki hidup ini sebagaimana kau takluki dulu.

Tuesday, January 29, 2013

rupanya, sejauh itu cuma persahabatan kita. aku tak pernah terlintas di fikiran aku yang kau tolak aku ke tepi. dulu, kau yang beria ria meyakinkan aku bahawa kau takkan pernah tolak aku ke tepi. malah, kau selalu menuduh bahawa aku yang pertama yang tolak kau ke tepi. tapi sekaran, semuanya sudah jelas. kawan ke begitu? sahabat ke begitu? bila ada yang tersayang, kau buang aku, kau campak aku ke tepi? rupanya setakat itu cuma persahabatan kita. kau berbeza dengan dia. dia yang tak perna menjanjikan aku apa apa, masih ada setia di sisi aku. walau sudah beberapa kali dia mempunyai yang tersayang. dia tak pernah tinggalkan aku. dia tak belot dengan persahabatan ini. begitu juga dengan kamu. hanya kerana aku tolak kamu, kamu terus menghilang dalam persahabatan. kau semua sama.

Thursday, January 24, 2013

aku kata aku tak suka.
tapi dalam hati, dia yang aku tunggu.
tapi dalam hati, dia yang aku kenangkan.
tapi dalam hati, dia yang aku idamkan.

aku kata aku benci.
tapi dalam hati, senyumnya menawan hati.
tapi dalam hati, namaku selamat dibibirnya.
tapi dalam hati, suaranya paling aku ingin dengari,

aku kata cinta itu mengarut.
tapi dalam hati, aku suka dia.
tapi dalam hati, aku rindu dia.
tapi dalam hati, aku sayang dia.

minda dan hati mempunyai dua kata.
kata yang mana harus ku turuti?
aku juga buntu.

dan aku juga rindu kau.
rindu senyuman itu.

Tuesday, January 15, 2013

:)

Marriage?

I do believe in marriage.

but I don't believe in love story between human beings :)

Thursday, January 10, 2013

takut

aku takut dengan diri aku.
aku takut dengan diri kau.

aku takut.
aku takut akan segala yang kita harapkan.

aku takut.
aku takut akan dengan kondisi hidup aku.

sama dengan kau.
kau takut.
kau takut dengan aku.

kau takut aku berubah.
aku takut aku berubah.

manusia sentiasa hidup dalam ketakutan

Saturday, January 5, 2013

memang.
nak buat macam mana.
aku suka dia, aku juga suka dia juga.

kau ibarat masa silam aku.
yang kembali menagih kasih.

dia umpama kisah masa hadapan aku.
yang aku merayu untuk menagih kasih.

kami semua kawan.
tak lebih dari itu.
kerana jika terjadinya sesuatu yg serius
aku akan terus mengundur diri.