Friday, December 28, 2012

mungkin kah?

dua tiga menjak ni, aku banyak fikirkan apa yang telah berlaku dalam hidup aku selama 20 tahun nie. ye ;ah, dah besar, kena pandai lah berfikir. benda yang aku boleh ubah, insya Allah akan aku ubah, aku bukannya makin muda, umur nak menjejak ke alam barzakh pun makin dekat. harapan untuk jadi muslimah yang baik, aku pohon doa kalian. agar aku tetap istiqomah di jalan ini.
baru baru ni, sebenarnya, aku terbuka suatu kisah yang tak pernah habis. yang tak pernah ada permulaan dan yang tak pernah ada pengakhirannya. aku pun tak tahu. adakah pengakhirannya? masing masing tak mahu letakkan titik noktah pada cerita kita. ini semua di sebabkan lagu itu. lagu d'masiv. sesungguhnya, aku tak pernah tahu, apa yang kau tulis tu, sebuah lagu. dan kau tak pernah bagitahu aku. kita harus akhirinya. bukan aku tak yakin dengan kau. tapi aku tak yakin dengan diri aku sendiri. pernah aku baca seseorang berkata yang manusia ini terdiri daripada nafsu dan keinginan. itu yang aku takuti. aku rasa, yang terbaik, kita putuskannya. biarlah, kita define hubungan kita ni kawan. tak perlu tarik tali atau main main.

kalau ada jodoh, insya Allah, xkemana kita.

No comments:

Post a Comment