Thursday, February 27, 2014

Dunia ini pelik. Manusia pon sama. Segala kebaikan yang kau pernah taburkan, dikaburi dengan satu kesalahan. Aku akhirnya mengerti kenapa seorang sahabat aku jadinya begitu. Aku mencuba tersenyum. Tak mahu berperang dingin. Tapi jika itu yang kau mahukan, aku tiada daya untuk menghalang.

Aku punya ego jua. Malahan rasanya sudah terlalu lama ego ini diletakkan di tempat yang paling rendah. Aku harus meletakkan ego aku kembali. Aku punya maruah. Aku punya impian. Aku punya cita cita. Dan kau, sudah pasti, terlepas peluang untuk berada dalam semua itu. Aku mengerti siapa aku. Seorang perempuan yang terhegeh hegeh meminta satu hubungan persahabatan.

Selepas ini, jangan bertanya lagi di mana mimi. Dia, aku bunuh untuk aku hidupkan kembali maruah yang telah lama mimi biarkan dipijak pijak, diranap.

No comments:

Post a Comment