Monday, August 23, 2010

lelaki itu sangat menarik perhatian

kurus. tinggi. dan tak hensem.
karakter seperti itu mampu menarik aku untuk lekat dengannya.
apakah aku gila kerna tertarik dengannya?
haiyh.
hidup ini aneh, kan?
kekadang kita tertipu dengan rupa paras
kekadang kita tertipu dengan wang yang berjuta-juta
kekadang kita tertipu dengan kebijaksanaan yang dibuat2
namun, aku percaya dan yakin
semua itu tidak membuat aku tertarik padanya
kerna dia hanya seorang insan biasa
yang bersama-sama denganku
mengejar cita-cita yang terpendam di hati
demi membahagiakan kedua orang tua kami
demi mendapatkan kehidupan yang senang di masa hadapan
insan yang simple
insan yang menceriakan hari2 suramk
insan yang hanya hidup untuk keluarganya
insan yang amat percaya dengan qada` n qadar
insan yang amat menarik kata-katanya
kata-katanya penuh bernas
penuh bermakna walaupun pendek saja ayatnya
aku menyukainya kerana ALLAH
kerna ALLAH telah menciptakan seorang lelaki yang hebat
YA ALLAH,
terima kasih kerana kau memberi aku peluang untuk berjumpa
dengan lelaki sehebat itu.
ingin saja aku berdoa agar KAU simpankanlah dia untuk aku
namun, semua telah tertulis
jika ia bukan jodohku maka berikanlah dia kehidupan yang terbaik
kehidupan yang membuatkan dia tersenyum selalu
kehidupan yang penuh dengan warna warni
kehidupan yang penuh dengan gelak tawa kanak2
dia amat menyukai kanak2
kehidupan yang harmoni dan
kehidupan yang KAU berkati
amin

p/s: terima kasih kerna hadir di hatiku. aku suka dirimu begitu. jagailah peribadimu kerna ia mampu membuatkan seorang gadis tersenyum

2 comments:

  1. hahah... nantikan episode lelaki itu amat menarik perhatian 2

    ReplyDelete