Saturday, December 27, 2014

Kawan.

Aku dah penat kena tinggal. Aku tahu, satu hari kau akan tinggalkan aku juga.  Sebab tu ak jauhkan diri. Sebab semua kawan kawan aku, lastly tinggalkan aku. buat aku macam orang tak dikenali.

Orang kata, kau kena percaya. Aku percaya. Tapi aku kena percaya realiti jugak.

Thursday, December 25, 2014

Kadang kala, aku lupa.
Aku hanya fikirkan yang hilang.
Yang ada di depan mata,
Aku sia sia kan.

Aku lemah, Ya Allah.
Selamatkan keluargaku, ya Allah.

Saturday, November 1, 2014

Hilang.

Aku ada seorang adik. Adik aku namanya Aisyah Amani. Adik aku dilahirkan pada 23.2.2002. Aku ingat lagi, pagi tu, ayah aku kejutkan, then kiteorang kemas kemas barang. Ayah hantar kami tiga beradik kat rumah nenek. Pagi tu pagi raya. Aku xfaham pon, apa yang berlaku. Sampailah pak cik aku bawa aku g hospital tengah hari. Maybe dalam kul 11 pagi kot. Then dalam pukul 12, ma ak masuk labour room dan tepat 12.54 tengah hari, aku ada seorang adik. That was the best moment in my life. I see my little sister and she`s holding my hand with her tiny little fingers.

Cukup 3 hari, adik aku dah boleh balik. Alhamdullilah. Dan serius aku cakap, aku xberhenti cium pipi adik aku. Masa tu, aku dalam 10 tahun. Ma aku cakap, adik ak diberi nama Aisyah Amani. In my mind, I dont care what your name is, I`m calling you, Adik. Two weeks after that, adik aku ada something yang pelik. Dia selalu terkejut kejut. So, ma aku bawa adik aku pergi hospital. Doktor sarankan better ke HUSM sebab sana ada banyak kelengkapan. Masa tu, adik aku betul betul umur 14 hari.

Masa di HUSM, adik aku dimasukkan ke hospital dengan kadar segera. Aku tak dapat bayangkan betapa seksa nya ma aku, waktu berpantang tu, duduk hospital. Dekat setahun setengah jugak adik aku masuk hospital. Adik aku, memebesar di hospital. Masa tu, aku kecil lagi, aku xfaham semua tu. Bila aku dah meningkat dewasa aku baru sedar, betapa seksanya adik aku. Setiap 3 hari, line dekat tangan kena tukar. Pernah sekali, doktor xdapat cari line dekat tangan adik aku, cukur kepala, cari line dekat kepala. Betapa aku sedih bila mengingatkan masa tu. Kalau nak ceritakan kejadian masa tu, terlalu banyak. Tak mampu aku nak tulis. Adik aku disahkan menghidap penyakit Epilepsi. Oleh kerana adik aku, kena sawan masa umur 14 hari, otak dia shut down. Neuron neuron xdapat bersambung lagi. Dan adik aku, terlantar, seperti bayi umur 14 hari.

Then, Alhamdullilah adik aku membesar dengan baik. Bagi kami sekeluarga, dia lah penyeri. Walau dia tak pernah bercakap, xpernah panggil nama sesiapa pon dalam rumah tu selama 12 tahun, dia lah the most loveable person in the house. Bayangkan, the most kasih sayang yang aku rasakan dalam rumah tu, dari adik aku. Bila belajar jauh ni, lagi terasa. Bila kau balik rumah, dia seakan mengerti yang kau balik, dia senyum, kadang kadang bila tegur, dia mengagah. Dia seakan tahu, kau dah balik. Kau ada dengan dia. Dia tahu semua.

Allah lagi sayangkan dia. 29/09/2014 adik aku meninggal dunia. Dua minggu sebelum tu, aku sempat balik, jumpa adik. Adik asyik senyum je, pukul pukul aku. Aku...tak tahu tu petandanya, aku tak mampu lagi tegur adik, main dengan adik, suap adik makan. Aku tak tahu. Masya Allah, kehilangan adik ibarat hilangnya separuh aku. Aku tahu, Allah lebih sayangkan dia dan adik dah berada di tempat yang lebih baik dari dunia. Tapi..aku masih kehilangan arah. Ya Allah, kuatkan lah aku.

Aku hilang separuh aku. Aku hilang diri aku. Adik aku lah punca aku di sini. Dalam aku punya perancangan hidup selama 10 tahun, adik aku senantiasa ada dengan aku. AKu dah janji dengan adik, aku nak jaga dia bila aku dah kerja nanti. Bila kedua ibu bapa aku tak larat nak jaga adik, aku akan jaga. Aku sanggup tak berkahwin sebab aku nak jaga adik aku. Adik segala segalanya buat aku.

Aku tak mampu nak simpan dalam hati semua ni. Hari hari, aku tak mampu nak hidup. Aku tak mampu nak senyum dengan seikhlas nya. Aku tak tahu apa dah jadi dengan diri aku. Aku hilang. Adik, tolong kak mimi, adik..

Allah, tolong aku, ya Allah....

Friday, April 25, 2014

Perasaan tidak mampu untuk dizahirkan melalui kata kata.
Saya tak mampu menggambarkan rasa ini.
Sayang, kasih, tanggungjawab.
Itu masih tak mampu untuk ungkapkan kata padamu.

Ibu dan Ayah.
Aku merinduimu. 

Saturday, April 19, 2014

Allah itu selalu dengar apa hambaNya mengadu.
Insya Allah.
Cukup cukuplah sakitkan hati.
Duk ingatkan benda yang lepas.
Kau kan kata kau nak move on.
Lets go.
:)

Tuesday, April 15, 2014

Sometimes, I wanna someone tells me, its okay, you can cry now. I know you`re having a bad time and all those smiles, those laughs, you fake it. Can someone tells me that?

Too many things. I`m tired being here. I`m tired being home. There`s just nowhere I could go and have fun, being loved. I couldn`t find anywhere yet.

Seriuslly, I just starting to smile again but, all of it shattered and begin to start again.


Tuesday, March 18, 2014

Rabu yang gembira.

susahnya bila satu benda depan kau, benda tu yang kau nak elakkan, benda tu yang kau nak lari daripada. haihhh. menangis rasanya hati. aku xmhu ada kaitan dengan dia tapi in the same time, he is one of my best buddies. yup. he's the one however i should go scram. huwaaaaaaa.

penat sangat mainan hidup ni. kikiki. bab hati bukan main tapi kalau cakap pasal jihad, pasal ummati terus terdiam. apa kau ni mimi? memang suka cakap pasal hati, suka cakap pasal benda yang tak de pekdahnya. come on laaa mimi. your heart just too weak to handle the life. be strong and be humble with your ability. you can do it. please dont give up. you are the best. Gambatte Kudasai Baby!!!

Monday, March 17, 2014

everyone kept blaming something. why boys that i know, mostly not the mengungkit type. sempoi, follow the flow. i'm pretty tired to have listen to your tantrum. can we just accept the reality and move on?

Thursday, March 13, 2014

Hmmmmmmm.

Benar. Pada suaranya aku jatuh suka. Masya Allah. Aku tidak boleh untuk tidak men'take care' kan dia...

Monday, March 10, 2014

Sibukkan diri. Lupakan yang lama. Pergi ke hadapan dan jangan ulang benda lama lagi. Go Mimi!

Thursday, March 6, 2014

Its not easy, you know. If you kept asking me that question.

Monday, March 3, 2014

Lupa pulak aku.

Harapan itu palsu. Xyah lah nak berharap lagi. Semua plastik.

Sunday, March 2, 2014

Feelings and emoticon

Bila terlalu bercakap tentang perasaan, kau akan bosan. Kau akan malas. Begitulah aku. Terlalu bermain dengan perasaan. Hingga aku rasa sesak, lelah. Lalu aku mengundur diri. Tak mahu lagi bercakap tentang perasaan dan biar lah aku begini.

One of the reasons that I love being friend with guys, because they rarely talk about feeling. Most of the time fooling around. Talking nonseses. But mostly its not about feeling. I kind of like it. Althought, I am someone who talks about feeling but once in a while, I need some get away. I dont wanna talk and laughing bout feelings anymore. I wanna talk and fooling around. I wanna goofing around and go bananas. But...

The world is too serius.

I'm not serius enough to face the world. I'm not gonna change to be serius. I hate it. Daikirai.

Saturday, March 1, 2014

Move on is about effort.

Kata nak move on tapi satu usaha pun aku tak buat. Tu silap aku sebenarnya. Baru aku ngerti. Mulut ni kata nk move on lah. Nak tunggu masa nak hilangkan rasa tu? Babe, imposibble. Move on is about yoh having your life better than before. So, lets move on. Meet new people. Do new things. And collecting new sight. Usaha tu penting. Doa dan tawakkal pun penting. Insya Allah sikit demi sikit, xde lah tu. Semua silap rupanya. Harap dengan bertambah umur ni, bertambah matang lah aku dengan dugaan semua ni. Insya Allah. Lets move on!

Thursday, February 27, 2014

Dunia ini pelik. Manusia pon sama. Segala kebaikan yang kau pernah taburkan, dikaburi dengan satu kesalahan. Aku akhirnya mengerti kenapa seorang sahabat aku jadinya begitu. Aku mencuba tersenyum. Tak mahu berperang dingin. Tapi jika itu yang kau mahukan, aku tiada daya untuk menghalang.

Aku punya ego jua. Malahan rasanya sudah terlalu lama ego ini diletakkan di tempat yang paling rendah. Aku harus meletakkan ego aku kembali. Aku punya maruah. Aku punya impian. Aku punya cita cita. Dan kau, sudah pasti, terlepas peluang untuk berada dalam semua itu. Aku mengerti siapa aku. Seorang perempuan yang terhegeh hegeh meminta satu hubungan persahabatan.

Selepas ini, jangan bertanya lagi di mana mimi. Dia, aku bunuh untuk aku hidupkan kembali maruah yang telah lama mimi biarkan dipijak pijak, diranap.

Tuesday, February 25, 2014

Sampai satu tahap.
Kau akan bosan.
Bosan dengan dunia.
Bosan dengan senyuman.
Bosan.

Kau faham tak apa itu bosan.
Memang.
Aku bosan untuk buka mata dan hadapi hari mendatang.

Sunday, February 23, 2014

Biarkan je lah. Insya Allah, nanti Allah ganti dgn lebih baik.

Saturday, February 22, 2014

At first, I think I overreact. I think this the way Allah telling me to behave myself this semester! Yes, gonna indulge myself in studies and backpacking this semester. Eventhough the money is less but I'll try to manage somehow. Rezeki itu Allah yg bagi. Insya Allah. New hopes and new me! Come on!

Friday, February 21, 2014

Bosan. Bosan dengan laptop yang selalu rosak. Bosan dgn diri yang selalu kecewakan orang. Bosan lah bosan. Rasa macam nak keluar dari hidup ni and live a life alone. But, aku tahu, mesti ada yang cakap, mana boleh hidup sorang sorang. Okelah. Aku hidup dengan kau. Tapi, kau tahan ke dengan aku? Aku yang bitch gila ni. Aku yang baran. Aku yang gila. Aku yang bodoh ni? Tahan ke? Percaya lah. Kau takkan tahan. Sehari pon tak tahan. Takkan. Aku tahu semua cerita tu. Xde orang yang boleh tahan dengan aku.

Rupanya kawan aku cakap tu, betul. Bila dia ckp kat aku, kau takkan pernah dapat kawan baik. Dulu aku rasa tak percaya. Rasanya dah boleh kot try try percaya. Aku ni dah lah bitch gila boleh percaya yang aku akan ada hidup yang happy ending? Hah. What a joke. You're such a drama queen, mimi. Stop dreaming and come back to your sense.

Sorry.

Terlampau banyak rahsia dicurahkan malam ni dan terlalu banyak hati yang terluka. Maafkan aku kawan. Sungguh, ak tak mampu nak memghadapi semua ni sorang diri.

Haihhh. Macam mana nak hadap kau selama satu semester ni? Semua lab bersama sama. Semua. Grouping mostly together too. I think I need to apologise again tomorrow. Hope that he'll understand and those thing, I shouldnt said it in social again. I shouldnt.

I'm sorry. Truly. I'm sorry.

Rasanya kalau aku mntak maaf berjuta kali pon, dia takkan maafkan aku dah. Haihhhh. I'm so going to hell.

Thursday, February 20, 2014

I'm sorry.

To be a bestfriend with girls, actually, I'm a bit afraid.

From I've been in primary school, in the end, those who I considered bestfriend, will abadoned me and push me away. Its the same in secondary school. Until now. They still kept pushing me away. That's why, I'm a bit afraid to spend time with you guys. I'm afraid that one day, you guys will be like them. After a good memory had been created, and I've started to believe, you guys will push me away and leave me alone. I'm afraid cause, I never had that kind of girl friend.

I'm sorry if I'm too anxious or who think a lot but I'm experience a lot and I cant afford another lost.

I would like to go but everyone will be frustratred if I'll go to. So, I think its better that I'll not be going. Hidup ni bukan semuanya evolves around us. Life is about completing each other. I had to be someone that everyone dislike in order to make everyone happy. I'm always will be know as that role. A person that bitter and everyone hates it. Yup. So, chin up and braces your life, mimi. Dont be sad anymore. Allah is with you every moment :)

Sunday, February 16, 2014

Sometimes,
I wanting someone to tell me,
Its okay.
Be strong.

But, those words.
I`ve never heard of it.
In my whole life. 

I think, I`m at limit now.
I`m starting to push every one.
I`m starting to act strong every time.

I think I need someone.

Friday, January 10, 2014

Malam ini gelap sekali langit.
Ku tenung.
Ku tatap. 
Bulan dan bintang ke mana?

Hati ku juga begitu.
Gelap dan kosong.
Ku renung.
Ku selidiki.

Kenapa ya?

Sudah dua bulan rupanya,
Aku tak bertentang matanya.
Aku tidak menyentuhnya.
Aku tak menyapanya.

Ibu, Ayah.
Tunggu kepulangan anakmu.
Anakmu bakal pulang ke pangkuanmu.

Tunggu dan doakan perjalananku nanti.