Monday, June 28, 2010

aku rindu kamu

Maybe I need some rehab,
Or maybe just need some sleep
I’ve got a sick obsession,
I’m seeing it in my dreams

I’m looking down every alley,
I’m making those desperate calls
Im staying up all night hoping,
Hit my head against the walls

What you’ve got boy is hard to find
Think about it all about it all the time
I’m all strung up my heart is fried
I just cant get you off my mind

Because your love, your love, your love, is my drug
Your love your love your love
I said your love, your love, your love, is my drug
Your love your love your love

Won’t listen to any advice, mamma’s telling me to think twice
But left to my own devices i’m addicted its a crisis!

My friends think I’ve gone crazy, my judgment is getting kinda hazy
My status is gonna be affected if I keep it up like a love sick crackhead

I don’t care what people say
The rush is worth the price I pay
I get so high when you’re with me
But crash and crave you when you are away

So I got a question;
Do you want to have a summer party in my basement?
Do I make your heart beat like an 808 drum?
Is my love, your drug?
(huh) Your drug? (huh) your drug? (huh) your drug?
Is my love, your drug?

Sunday, June 27, 2010

kerja2~

sejak dua menjak aku menjadi budak puncak nie, kerja-kerja aku tak pernah2 habis n setiap hjung minggu tak pernah menjadi hari-hari untuk aku tdur~
mggu ini sahaja..aku ada
1. tutorial mat
2. tutorial fiz
3. tutorial chem
4. lab report chemist
5. lab report fiz
6. assgmnt computing

huh. dhlah sbtu nie ada test. ble aku nk study~ tolonglah, tutor n lecturer please help us n lead us way to the educational life~n also pliz, dun give lots of work to us anymore.

Thursday, June 24, 2010

no topics~


tanpa aku sedari, ku pegang pipiku. nyata, aku menangisi kepergiannya lagi. kenapa aku masih belum bisa menerima semua ini? apa aku ini terlalu menyayangi dirinya? semua persoalan menyesakkan kepala aku. laut yang indah dan tenang ku pandangi. alangkah indahnya jika kau masih berada di sampingku.
***
'ada orang duduk di sini ke?'
mataku terpandang seorang lelaki yang bersuara tadi. tanpa sempat aku membalasnya, dia menarik kerusi lalu melabihkan punggung di hadapanku. aku terkesima. siapa lelaki ini? senangnya dia mendekatkan diri dengan aku. 'sorang ke?'
'ye lah, takkan berdua pulak. awak tak nampak ke?'
dia tersenyum lalu memuntahkan tawanya pada aku. aku terkejut dan geram dengan perlakuannya.
'maaf, saya tak sengaja. awak nie lucu jugak orangnya. nama saya akram. shafiq akram. kesian saya tengok awak makan sorang-sorang tadi.'
eh, perkenlakan diri pulak lelaki ni. aku tak nak kenal kau lah!
'saudari ni, ada tunggu sesiapa ke?'
'takpelah, saya dah kenyang. saya nak balik pejabat dulu'
lalu aku beredar dari restoran itu dengan segera. gatal betullah lelaki itu. dah lah, lupakan jer lelaki itu. alamak, aku tinggal 15 minit jer lagi untuk akku smapai ke pejabat. baik aku cepatkan langkah aku ini.
***
'hari ini, saya akan memperkenalkan seorang lelaki yang pastinya akan menjawat jawatan CEO syarikat ini tak lama lagi. silakan..'ucap CEO syarikatku, en. arman.
'hai, nama saya mohd shafiq akram bin ahmad. awak semua boleh panggil saya akram. eh, awak?'
katanya sambil ibu jarinya menunjuk ke arah aku. aku terkesima. kenapa dia?

Monday, June 21, 2010

im so hoooot!

i like this song very much2.
MR N1 i miss u so much.
aku xthu knapa.
ko memg mcm si arwah AQ
thnx coz dh menceriakan hdpku

Wednesday, June 16, 2010

. . . no post . . .

alhamdullilah. itu saja ungkapan yang aku dapat lafazkan padaMU ya Allah. akhirnya, aku berjaya setelah aku bersusah payah untuk tetap terus bernafas di atas muka bumi yang penuh dengan cabaran ini. benar. aku letih dan bosan dengan hidup. namun, aku ada kau yang tetap menceriakan hari-hari aku. aku sangat bahagia. sudah bayak yang berlaku dalam hidupku kini. sukar untuk aku ungkapkan dengan kata-kata betapa bertuahnya aku kerana dapat merasa nikmat kedamaian ini.

kepada nurul rossyahidah. kau juga membuat aku mengucap alhamdullilah. akhirnya, kau smapai juga ke tempat yang kau ingin pergi. belajarlah seperti hari ini adalah hari terakhir kau dapat memegang ilmu itu. aku tahu kau amat pintar. aku masih di sini akan menunggu mu untuk kita berjumpa setelah kita graduate. dan juga, aku menunggu 5 tahun lagi untuk melihatmu di atas pelamin. hehe. jaga lah diri di sana dan ingatlah aku selalu kerana aku selalu ingat akan kau.

Sunday, June 13, 2010

uitm puncak alam.



meja ku.. ghehe ^^



bdk2 kelas aku ^^



jadual harian aku ^^



housemate ku yg amat baik ^^





fakulti sains kesihatan ^^

****
hatiku amat gembira berada di sini. kerana aku tahu. di sinilah tempat aku ^^

Monday, June 7, 2010

kerinduan

pernah tak kau rasai kerinduan yang teramat kepada seseorang atau sesuatu? aku tak dapat menerangkan perasaan itu. hanya hamba ALLAH yang bertuah dapat merasai perasaan itu. benar, kerinduan akan menderita jiwa kita. aku berterima kasih kepada ALLAH kerana KAu telah memberi aku kesempatan untuk aku merasai perasaan itu. aku rindukan NURUL ROSSYAHIDAH BINTI ROSLI. selepas tarikh keramat yang amat aku takuti iaitu 10 jun ini, pergilah seorang sahabat aku untuk berjihad di jalan ALLAH demi menuntut ilmu. aku akan merinduimu wahai sahabatku tersayang. hanya aku dapat kirimkan salam rindu dari tanah air sahaja untuk mu. maafkan aku jika aku ada membuat kamu memendam rasa. aku turut rindukan NURUL SYAZMIRA, NURSYUHADA, YUHANIS FATIHAH, PUTERI FATIHAH, HANI TIARA, ARIBAH, n ALL UTPIAN. aku xpernah rindukan sesiapa kawan dalam hidup aku dan sekarang aku sudah mula merindui kamu. terima kasih. aku sudah pun mendapat kawan2 yang baik dan aku percaya dapat memberi makna dalam hidup aku di sini. tuhan. terima kasih. aku sayang ALLAH.

Saturday, June 5, 2010

aku keliru

apa harus aku lakukan?
apa harus aku fikirkan?
apa harus aku ceritakan?
apa harus aku ungkapkan?

kau bilang cakap saja
kau bilang fikir aku saja
kau bilang cerita kpdku saja
kau bilang ungkapkan cinta padaku saja

namun kau tetap berlalu
namun kau tetap tinggalku
namun kau tetap membelakangkanku
namun kau tetap ungkapkan cinta padanya

Wednesday, June 2, 2010

satu.kosong.satu

DIARI SEPASANG SELIPAR


sedang aku cuba melelapkan mata, tetiba tuan aku yang kecik molek mula menyarung lantas membawa diriku ke sebuah kotak besar yang memuatkan 13 objek yang bernama manusia. aku dipijak-pijak dan tuan aku mula menunjukkan muka yang blur. hmm. dia berhenti di suatu tempat yang bernama lobi R5. itu yang aku dengar dari perbualan-perbualan mereka yang bernama manusia. tiba-tiba langkah dihayun menuju ke tempat yang paling aku geruni. TIDAK!!! aku melaung-laung. namun tak siapa mendengar laungan dan jeritan aku ini. dia melangkah dengan penuh berkeyakinan sambil menuruni benda yang paling aku takuti iaitu tangga. habis sakit badan-badanku diterjah oleh anak-anak tangga yang iblis itu. nasib baik aku diperbuat dari getah. tidaklah mudah untuk kau yang bernama iblis untuk lukakan aku. hahaha. aku berjalan memasuki sebuah dewan besar yang dipenuhi oleh hampir 250 orang pelajar. huh. semuanya lelaki. hanya 11 orang sahaja perempuan. memang aku terkejut melihat kasut0kasut yang dipakai oleh bebudak lelaki itu. mereka memandang aku dengan penuh kehinaan kerana aku hanya sepasang sandal yang harga yang lebih murah dari mereka. aku duduk dengan penuh tertib di balik kerusi-kerusi yang menempatkan manusia-manusia tadi. datang seorang yang lebih tua dari tua aku, lalu dipegang sesuatu bnda yang menguatkan bunyi suaranya. namun, bagi aku, suara itu, seperti mendodoi tidur ku yang telah diganggu pagi tadi. aku cuba melelapkan mata. tanpa aku sedari, aku terasa badan ku ditolak oleh tuanku. jangan! jangan! pinta ku. namun tidak didengari, lalu aku terjatuh ke dalam sebuah lembah yang bernama celah kerusi. aku nampak, tuan aku begitu runsing kan aku kerana aku telah hilang dari pandangan matanya. aku hanya mampu memandang dari atas. sedikit sebanyak aku mula berterima kasih kerana tuan aku menyayangi dan menghargai aku. setelah lebih dua jam akuu dibawah, tetiba aku melihat semua orang bangun. aku takut tuan aku akan tinggalkan aku. aku ternampak dia bercakap dengan seseorang. lelaki. diambilnya aku oleh lelaki itu. aku ingat lagi lelaki itu. dia memakai baju biru berbelang-belang. terima kasih abang. akhirnya tuan aku telah mendapatkan aku dan aku tak dapat gambarkan kegembiraan terpampang di muka tuanku.

Tuesday, June 1, 2010

post ke-100

tidak dapat aku ungkapkan rsa bersyukur aku kerna masih diberikan kesempatan untuk aku menulis dan mencurahkan idea2 aku yg klise dekat satu laman yang bernama blog ini. aku hanyalah manusia biasa yang penuh dengan kealpaan dan kesalahan. serius. tadi, aku telah mendedahkan diri aku kepada sebuah karya rose amalina. memang menyentuh hati aku. ia sebuah kisah yang berkisarkan kasih sayang yang meluas. tidak kira lelaki atau perempuan. antara lelaki dengan lelaki. benar. cinta adalah suatu perasaan yang terlalu suci dan kita, sebagai remaja, tidak seharusnya mencemarkan nama cinta dengan perbuatan yang ntah apa2. dengan membaca novel itu, aku mendapat satu persepsi baru tentang hubungan cinta dan kasih syang seorang sahabat. aku rasa patut korang2 cuba membaca novel WASILAH CINTA WEERA. try rr cari di mana2 kedai buku. memg serius byk pengajaran yang aku dpt. terutamanya bagi seorng remaja, buku ni amat bagus sebagai panduan hidup kita. agar tidak mencemari dan menodai sebuah perhubungan yang suci. amin.

****

melihat si dia tersenyum, hati aku melayang. aku tak pernah rasakan sebegini. melihat senyuman seorang lelaki dan terpegun. adakah hati aku sudah terpaut dengan keelokan budi bahasa yang dipamerkan oleh si dia. aku tidak mengerti apa yang aku rasakan. ini bukan suatu yang biasa aku rasakan. rasa ini sama semasa aku bersma aq. adakah, itu roh aq yang mengejar aku di dunia ini? tuhan, tolong usir perasaan yang menganggu aku sekarang ini. kerana sesungguhnya hati aku hanya mampu memeberi kasih sayang sepenuhnya untuk MU dan ibu bapa aku sahaja. ampuni aku kerna telah menikmati wajah seorang lelaki yang bukan mahram bagiku. ampuni aku. aku akan berusaha menghindari senyuman si dia yang betul2 membuat aku dilanda keasykan yang teramat sangat.

****

post aku yang ke-100. amin. dulu aku xpernah tulis dan terjangka akan mencoretkan segala kata2 aku di sini. trimas nurul kerana telah mengajar kau semua ini. jasamu ttp dikenang hingga akhir hayat.