DIARI SEPASANG SELIPAR
sedang aku cuba melelapkan mata, tetiba tuan aku yang kecik molek mula menyarung lantas membawa diriku ke sebuah kotak besar yang memuatkan 13 objek yang bernama manusia. aku dipijak-pijak dan tuan aku mula menunjukkan muka yang blur. hmm. dia berhenti di suatu tempat yang bernama lobi R5. itu yang aku dengar dari perbualan-perbualan mereka yang bernama manusia. tiba-tiba langkah dihayun menuju ke tempat yang paling aku geruni. TIDAK!!! aku melaung-laung. namun tak siapa mendengar laungan dan jeritan aku ini. dia melangkah dengan penuh berkeyakinan sambil menuruni benda yang paling aku takuti iaitu tangga. habis sakit badan-badanku diterjah oleh anak-anak tangga yang iblis itu. nasib baik aku diperbuat dari getah. tidaklah mudah untuk kau yang bernama iblis untuk lukakan aku. hahaha. aku berjalan memasuki sebuah dewan besar yang dipenuhi oleh hampir 250 orang pelajar. huh. semuanya lelaki. hanya 11 orang sahaja perempuan. memang aku terkejut melihat kasut0kasut yang dipakai oleh bebudak lelaki itu. mereka memandang aku dengan penuh kehinaan kerana aku hanya sepasang sandal yang harga yang lebih murah dari mereka. aku duduk dengan penuh tertib di balik kerusi-kerusi yang menempatkan manusia-manusia tadi. datang seorang yang lebih tua dari tua aku, lalu dipegang sesuatu bnda yang menguatkan bunyi suaranya. namun, bagi aku, suara itu, seperti mendodoi tidur ku yang telah diganggu pagi tadi. aku cuba melelapkan mata. tanpa aku sedari, aku terasa badan ku ditolak oleh tuanku. jangan! jangan! pinta ku. namun tidak didengari, lalu aku terjatuh ke dalam sebuah lembah yang bernama celah kerusi. aku nampak, tuan aku begitu runsing kan aku kerana aku telah hilang dari pandangan matanya. aku hanya mampu memandang dari atas. sedikit sebanyak aku mula berterima kasih kerana tuan aku menyayangi dan menghargai aku. setelah lebih dua jam akuu dibawah, tetiba aku melihat semua orang bangun. aku takut tuan aku akan tinggalkan aku. aku ternampak dia bercakap dengan seseorang. lelaki. diambilnya aku oleh lelaki itu. aku ingat lagi lelaki itu. dia memakai baju biru berbelang-belang. terima kasih abang. akhirnya tuan aku telah mendapatkan aku dan aku tak dapat gambarkan kegembiraan terpampang di muka tuanku.
No comments:
Post a Comment