tanpa aku sedari, ku pegang pipiku. nyata, aku menangisi kepergiannya lagi. kenapa aku masih belum bisa menerima semua ini? apa aku ini terlalu menyayangi dirinya? semua persoalan menyesakkan kepala aku. laut yang indah dan tenang ku pandangi. alangkah indahnya jika kau masih berada di sampingku.
***
'ada orang duduk di sini ke?'
mataku terpandang seorang lelaki yang bersuara tadi. tanpa sempat aku membalasnya, dia menarik kerusi lalu melabihkan punggung di hadapanku. aku terkesima. siapa lelaki ini? senangnya dia mendekatkan diri dengan aku. 'sorang ke?'
'ye lah, takkan berdua pulak. awak tak nampak ke?'
dia tersenyum lalu memuntahkan tawanya pada aku. aku terkejut dan geram dengan perlakuannya.
'maaf, saya tak sengaja. awak nie lucu jugak orangnya. nama saya akram. shafiq akram. kesian saya tengok awak makan sorang-sorang tadi.'
eh, perkenlakan diri pulak lelaki ni. aku tak nak kenal kau lah!
'saudari ni, ada tunggu sesiapa ke?'
'takpelah, saya dah kenyang. saya nak balik pejabat dulu'
lalu aku beredar dari restoran itu dengan segera. gatal betullah lelaki itu. dah lah, lupakan jer lelaki itu. alamak, aku tinggal 15 minit jer lagi untuk akku smapai ke pejabat. baik aku cepatkan langkah aku ini.
***
'hari ini, saya akan memperkenalkan seorang lelaki yang pastinya akan menjawat jawatan CEO syarikat ini tak lama lagi. silakan..'ucap CEO syarikatku, en. arman.
'hai, nama saya mohd shafiq akram bin ahmad. awak semua boleh panggil saya akram. eh, awak?'
katanya sambil ibu jarinya menunjuk ke arah aku. aku terkesima. kenapa dia?
No comments:
Post a Comment