Tuesday, June 1, 2010

post ke-100

tidak dapat aku ungkapkan rsa bersyukur aku kerna masih diberikan kesempatan untuk aku menulis dan mencurahkan idea2 aku yg klise dekat satu laman yang bernama blog ini. aku hanyalah manusia biasa yang penuh dengan kealpaan dan kesalahan. serius. tadi, aku telah mendedahkan diri aku kepada sebuah karya rose amalina. memang menyentuh hati aku. ia sebuah kisah yang berkisarkan kasih sayang yang meluas. tidak kira lelaki atau perempuan. antara lelaki dengan lelaki. benar. cinta adalah suatu perasaan yang terlalu suci dan kita, sebagai remaja, tidak seharusnya mencemarkan nama cinta dengan perbuatan yang ntah apa2. dengan membaca novel itu, aku mendapat satu persepsi baru tentang hubungan cinta dan kasih syang seorang sahabat. aku rasa patut korang2 cuba membaca novel WASILAH CINTA WEERA. try rr cari di mana2 kedai buku. memg serius byk pengajaran yang aku dpt. terutamanya bagi seorng remaja, buku ni amat bagus sebagai panduan hidup kita. agar tidak mencemari dan menodai sebuah perhubungan yang suci. amin.

****

melihat si dia tersenyum, hati aku melayang. aku tak pernah rasakan sebegini. melihat senyuman seorang lelaki dan terpegun. adakah hati aku sudah terpaut dengan keelokan budi bahasa yang dipamerkan oleh si dia. aku tidak mengerti apa yang aku rasakan. ini bukan suatu yang biasa aku rasakan. rasa ini sama semasa aku bersma aq. adakah, itu roh aq yang mengejar aku di dunia ini? tuhan, tolong usir perasaan yang menganggu aku sekarang ini. kerana sesungguhnya hati aku hanya mampu memeberi kasih sayang sepenuhnya untuk MU dan ibu bapa aku sahaja. ampuni aku kerna telah menikmati wajah seorang lelaki yang bukan mahram bagiku. ampuni aku. aku akan berusaha menghindari senyuman si dia yang betul2 membuat aku dilanda keasykan yang teramat sangat.

****

post aku yang ke-100. amin. dulu aku xpernah tulis dan terjangka akan mencoretkan segala kata2 aku di sini. trimas nurul kerana telah mengajar kau semua ini. jasamu ttp dikenang hingga akhir hayat.

1 comment: